Adakah anda di antara pengguna pelembut pakaian, dan mempunyai perasaan tidak puas jika membasuh pakaian tanpa pelembut, dan kepuasan anda bertambah apabila dapat mencium bau wangi pada pakaian selepas ia kering?
Hari ini, pelembut pakaian telah menjadi satu rutin dalam kerja- kerja membasuh. Bukan saja di rumah, malah jika kita menghantar pakaian ke kedai dobi atau kedai dobi self service, pelembut pakaian mesti ada digunakan, dan ditawarkan.
Pada anda yang tidak mempunyai masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti asma, atau masalah kulit seperti eczema, mungkin anda tidak menyedari betapa toksiknya pelembut pakaian yang terdapat di pasaran.
Apabila kita menggunakan pelembut pakaian, selepas pakaian kita kering, bahan tersebut membentuk satu lapisan di atas fabrik yang meninggalkan rasa lembut (dan wangi) apabila kita sentuh. Antara bahan toksik yang digunakan untuk membuat pelembut pakaian ialah:
1- Alpha Terpineol
2- Camphor
3- Chloroform
4- Benzyl Acetate
5- Benyl Alcohol
6- Etyl Acetate
7- Limonene
8- Linalool
Bertambah bahaya jika selepas pakai ditambah dengan pelembut, anda gunakan pula pengering pakaian. Haba panas pada bahan pelembut yang siap- sedia bertoksik, diambil dan dihidu oleh anda, bakal memberi kesan kepada paru- paru dalam jangka masa yang panjang. Bau wangi yang anda hidu menutup segala bahaya yang menunggu!
Apakah alternatif?
Anda sebenarnya tidak memerlukan pelembut pakaian. Tapi jika tidak boleh hidup tanpanya, carilah alternatif bahan pelembut pakaian yang selamat untuk anda, dan juga persekitaran.