Sunday, May 15, 2016

3 langkah kenali bahaya di rumah

Terlalu banyak kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan produk pencuci di rumah yang mengandungi bahan- bahan berbahaya kepada manusia, memberi kesan kepada kesihatan di masa hadapan. Antara yang mengganggu kesihatan isi rumah termasuklah masalah kulit, asma, dan pelbagai masalah sistem imun badan.



Namun begitu, jika kita boleh ambil 3 langkah ringkas ini, kita mampu mengelakkan keluarga kita daripada risiko masalah- masalah yang disenaraikan di atas. 3 langkah mudah tersebut ialah:

1- BACA DAN FAHAM LABEL PADA PRODUK
Jika tidak boleh tahu semua, cuba kenali 1-2 bahan terlarang yang paling popular terdapat dalam bahan pencuci. Contoh yang paling popular ialah BENZALKONIUM CHLORIDE. Anda boleh buat kajian lanjut tentang bahan ini dan periksa jika anda ada membeli dan menggunakannya di rumah.

2- JIKA MAHU GUNA, AMBIL LANGKAH BERJAGA- JAGA
Anda boleh memilih untuk mengurangkan kekerapan menggunakan produk tersebut, hanya ketika benar- benar diperlukan. Pastikan tiada sentuhan di kulit dan pakai penutup mulut dan hidung jika perlu.

3- BUAT KAJIAN DAN CARI ALTERNATIF
Jika diri sendiri atau ahli keluarga terjejas kesihatan dan anda boleh mengaitkannya dengan bahan- bahan terlarang dalam penggunaan produk pencuci harian di rumah, lakukan kajian lanjut dan cari alternatif yang lebih selamat.

Buatlah pilihan yang bijak dan selamat sebagai pengguna!

No comments:

Post a Comment

09 10